Khamis, 14 Januari 2010



Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya..
apabila barber itu memulakan tugasnya,mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara..
tapi apabila mereka mula berbicara mengenai AllaH,barber itu pun berkata,,
"saya tak percaya AllaH itu wujud"..
"kenapa kamu kata begitu..?" tanya si lelaki tadi..
cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa AllaH itu wujud..kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar?
kalau betul AllaH wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ini..
saya tak dapat bayangkan AllaH yang maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku.."
si lelaki itu pun berfikir sejenak..tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran.
selepas barber itu menghabiskan tugasnya,si lelaki tadi pun pergi..
selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus.
si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata..
''kamu tahu tak yang sebenarnya barber juga tak wujud..?"
"kenapa kamu kata macam tu..? sedangkan saya baru saja menggunting rambut kamu tadi..?.
"kalau barber wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu..??"

"ah!! barber memang wujud! lelaki itu jadi macam tu sebab dia tak datang pada saya untuk menggunting rambutnya..! kata barber.
"tepat sekali!" kata si lelaki tadi. "thats the point! AllaH jugak wujud. itulah yang terjadi (keperitan & penderitaan) jika manusia tidak mengungatiNYa dan kembali padanya untuk minta pertolonganNYa.

!!...renung2kaN dan selamat beramaL....!!

0 ulasan: