Ahad, 16 Januari 2011

bicara tentang cinta -UNIC


Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..


~Best sGt dengar lagu ni:. (^_^) ~

Jumaat, 31 Disember 2010


Andai diri terasa LEMAH, bangunlah MUNAJAT pada Allah dengan izin-Nya, yang LEMAH dipandang GAGAH, yang SEDIH di pandang CERIA, yang RESAH menjadi TENANG, sedikit PENGOBANAN selamanya TERASA... ...Adakalanya DIA memberi sebelum sempat kita meminta, kerana DIA mengerti keperluan hamba-hamba-Nya, adakalanya DIA mengambil semula sebelum sempat kita bersedia kerana DIA ingin menguji keimanan hamba-hamba-Nya..."

Ahad, 7 Mac 2010

paStikaN ia DiSebarkaN..

fWD dari Blog kE bLog:..



FWD:."My sis in-law penah kena mcm kes ke-2 tu. Rumah dia tiba2 takder air. Masa tu 10.30pm. Tp dia ingat mmg bekalan air terputus, so dia biar jer. Lgpun dah mlm...esok pg dia tanya neighbour, neighbour dia kata rumah dia ada air. So, dia pi check kat meter, rupanya ada org tutup. Dia bgtau my brother & my brother suh dia simpan air dlm rumah, just in case...belikan tong besar isi air. So, klu mlm2 ada kes camtu lagi...jgn keluar pi bukak paip kat meter. Betul pun..tak smpi sebulan jadi lagi. Kul 10pm dia pegi bilik air, ada air pastu kul 11.30 pegi...air takder. Next day nak pi keje tgk lagi kat meter tu...ada org tutup lagi.


Cara terbaru yg digunakan pencuri untuk memerangkap mangsanye .

Kes pertama, dengan mendatangi rumah dan mengatakan ada surat utk orang yg beralamat dirumah tersebut.Kawan- kawan nye yg lain akan bersembunyi bg mengelakkan tuan rumah dpt melihatnye.

Kes ini telah berlaku berhampiran dgn rumah saya.

Rumahnye di datangi oleh lelaki yg tidak dikenali dengan mengatakan ada surat untuk Azhar.Tuan rumah (perempuan) tersebut hanya bercakap dengan lelaki ini melalui pintu rumahnye. Setelah hampir setengah jam berde bat dengan lelaki tersebut, tuan rumah ini memanggil jiran dibelakang rumahnye..

Jirannye (Lelaki berbadan agak besar) bersemuka dengan lelaki tersebut melalui pintu pagar hadapan dan terperanjat apabila melihat disebalik tembok tersebut ada 2 org lelaki lagi. Setelah melihat jiran tuan rumah itu, lelaki tersebut berlalu pergi.

Kes ke-2 dimana punca bekalan air utama diluar rumah dimatikan . Pencuri menggunakan cara ini utk memerangkap mangsanye apabila tuan rumah tersebut ingin membuka semula paip air itu..

Kes ke-3, dengan menggunakan Tangisan bayi .Peluang pencuri adalah apabila tuan rumah tersebut cuba mencari punca tangisan bayi tersebut.

Kesemua kes tersebut berlaku sekitar jam 11.30 mlm dan ke atas.
Jangan cuba keluar dari rumah sekiranye anda seorang berada dirumah.."

"Tolong sebarkan perkara ini untuk keselamatan kite semua"

Sabtu, 6 Mac 2010

syeD Qutub pernah bErkata...

saudara! seandainya kau tangisi kematianku, dan kau siram pusaraku dengan air matamu maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh, nyalakanlah obor buat ummat ini dan… teruskan perjalanan ke gerbang jaya saudara! kematian adalah suatu perjalanan mendapat kekasih yang sedang merindu taman-taman di syurga tuhanku bangga menerimaku burung-burungnya berkicau riang menyambutku bahagialah diriku di alam abadi saudara! puaka kegelapan pasti akan hancur dan alam ini akan disinari fajar lagi biarlah rohku terbang mendapat rindunya jangan gentar berkelana di alam abadi nun di sana fajar sedang memancar…
(Ditulis beberapa ketika sebelum menemui SYAHID,"syed Qutub")

adakah ayah masih seperti semalam...?

Suatu petang selesai solat asar, Hassan Al-Bashri duduk di bawah pokok kurma di hadapan rumahnya. Tiba-tiba melintas sekumpulan anak muda dari hujung kampung mengusung jenazah.
Di belakang kumpulan itu berduyun-duyun saudara-mara mengekorinya. Sementara itu, anak perempuan si mati berjalan di bawah usungan tersebu
t mengiringi jenazah dengan lelehan air mata. Rambutnya mengerbang dan sesekali dia tersedu-sedu.
Hassan bangkit daripada tempat duduknya dan turut menghantar jenazah hingga ke kawasan perkuburan. Sewaktu berjalan dia terdengar gadis itu merintih : “ ayah..ayah.. kenapalah malang sangat nasib saya,terpaksa menempuh keadaan begini..?”
Mendengar rintihan itu, Hassan mempercepatkan langkahnya lalu menghampiri gadis itu. “ Anakku, kau tidak akan akan dapat menemui ayahmu lagi selepas ini”, kata Hassan kepada gadis itu yang kelihatan terperanjat. Ditenungnya tepat-tepat wajah orang tua yang tak dikenalinya itu. Melihat gadis itu masih dalam keadaan terpinga-pinga, Hassan mempercepatkan langkahnya, mendahului kumpulan pemuda yang mengusung jenazah. Setelah mengimamkan sembahyang jenazah, Hassan terus pulang.
Tinggallah anak gadis si mati di sisi kubur ayahnya, sekejap dia bersimpuh,sekejap lagi dia berdiri. Ketika hari hampir senja barulah dia berjalan pulang. Sewaktu meninggalkan tanah perkuburan itu, dia sempat berbisik, “ayah..awal
pagi esok saya datang lagi..”
Keesokan paginya setelah selesai solat subuh, mengaji dan sembahyang sunat,Hassan duduk menghirup udara pagi di bawah pokok kurma. Sedang tangannya ralit menghitung tasbih, mata pula tidak lepas memandang jalan berpasir yang terbentang di hadapannya. Dia ternampak balam-balam seseorang sedang berjalan ke arahnya.
“Ke mana arah tujuannya, berjalan sendirian di subuh-subuh begini”,bisik Hassan. Semakin lama semakin hampir dan jelas,dia anak gadis si mati yang ditemuinya semalam.
Gadis itu sambil berjalan menangis teresak-esak tanpa menghiraukan Hassan yang sedang memerhatikannya. “tentu ada sesuatu yang hendak dilakukannya,baik aku ikut,”bisik Hassan sendirian. Lalu diekorinya gadis itu.
Sampai di hujung jalan gadis itu membelok ke kawasan perkuburan. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dia terus menuju ke kubur ayahnya. Gadis itu kemudian merebahkan badannya di atas kubur, sementara mukanya disembamkan ke tanah.
Hassan memerhatikan dari jauh. Kemudian dia terhendap-hendap menuju ke sebatang pokok besar berhampiran. Dari celah daun dahan pokok itu dia mengintai perlakuan gadis tersebut. Gadis itu sedang meratap memanggil-manggil ayahnya
Bagaimanakah ayah tinggal di dalam gelap,sendirian dan tidak ada penghibur?
“Ayah,akulah yang membentangkan tilammu semalam, tapi siapa pula yang membantumu malam tadi? Semalam tangan inilah yang menyelimutkan tubuhmu. Malam tadi siapa pula yang melakukannya?
“wahai ayah! Akulah yang mengambilkan minuman, makanan dan menyuapkannya ke mulut ayah, tapi kini siapa pula yang melakukannya?
“semalam akulah yang memakaikan bajumu, tapi hari ini siapakah yang membantumu?”
“ayah… masi terdengar suara ayah memanggil namaku semalam, tapi hari ini suara itu tiada lagi,” katanya mendayau-dayu.
Ratapan anak gadis itu benar-benar menyentuh hati Hassan. Dia keluar perlahan-lahan dari tempat persembunyian dengan harapan kehadirannya tidak akan disedari. Di atur langkahnya penuh cermat menghampiri gadis yang sedang mendakap kubur ayahnya..
Bahu gadis itu ditepuknya lembut sebaik menghampirinya. “wahai anakku, janganlah meratap sedemikian di atas kubur ayahmu. Mahukah kamu,kalau saya ajarkaan ucapan yang harus kamu lakukan?”
Gadis itu menoleh dan agak lama dia menatap wajah Hassan. Mungkin dia terkenangkan pertemuannya dengan imam itu semalam. Apabila pertanyaannya tidak dijawab,Hassan mengulanginya sekali lagi. Barulah gadis itu mengangguk sambil mengesat air matanya.
“katakana begini: “kelmarin akulah yang menghadapkan ayah ke kiblat. Adakah keadaan ayah masih seperti semalam atau ayah sudah berpaling?”
“ Ayah, aku mengapani jasadmu dengan kain putih yang baik. Adakah ia masih baik atau sudah koyak-rabak?”
“Semalam sewaktu jasad ayah diturunkan ke liang lahad, ia masih sempurna. Adakah ia masih begitu atau sudah reput dimamah cacing?”
“Wahai ayah, ada ulama’ yang mengatakan, setiap yang mati akan ditanya urusan iman. Adakah ayah dapat menjawab setiap soalan?”
“Ulama’ berkata lagi, ada yang diberikan Allah kubur yang lapang namun ada pula yang sempit. Bagaimana kubur ayah..sempit atau lapang?”
“Ada pula yang mendapat kain kapan dari syurga dan ada pula yang terimanya daripada neraka. Kain kapan ayah dari mana?”
“kubur itu ibarat taman-taman syurga atau lubang-lubang neraka. Kubur ayah taman syrga atau lubang neraka?”
“Ada kubur yang merangkul si mati seperti ibu merangkul anaknya. Namun ada j
uga yang menghimpit si mati hingga tersisih tulang rusuk. Adakah kubur itu merangkul atau menghimpit ayah?”
“wahai ayah, orang yang beriman menyesal lantaran kurang melakukan kebaikan. Manakala yang jahat pula menyesal kerana sering melakukan kejahatan semasa hidup adakah ayah antara ahlu kubur yang menyesal kerana kurang melakukan kebaikan atau sering berbuat jahat?”
“wahai ayah, semalam apabila aku memanggilmu, ka uterus menyahut. Tapi hari ini, sudah puas kupanggil, tapi tiada jawapan.
Aku tidak akan dapat berjumpa denganmu lagi sehingga datangnya kiamat. Ya Allah… janganlah Engkau halang aku daripada bertemu dengan ayahku di akhirat kelak,” ajar Hassan.
Kemudian anak gadis itu memandang Imam Hassan Al-Bashri lalu berkata : “Wahai tuan, terima kasih atas nasihatmu yang baik itu. Sesungguhnya ia cukup menyedarkan aku yang sedang lalai,” jawab gadis itu lalu berhenti menangis.

Rabu, 20 Januari 2010



Doaku untuk mu SaHabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat

Ya Muhaimin ...

Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.

Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya KariM ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Aziz ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

AMIN

Doa seorang kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku

Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon

Apa yang telah
Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku

Kerana Engkau tahu segala isi hatiku

Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala