Sabtu, 6 Mac 2010

syeD Qutub pernah bErkata...

saudara! seandainya kau tangisi kematianku, dan kau siram pusaraku dengan air matamu maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh, nyalakanlah obor buat ummat ini dan… teruskan perjalanan ke gerbang jaya saudara! kematian adalah suatu perjalanan mendapat kekasih yang sedang merindu taman-taman di syurga tuhanku bangga menerimaku burung-burungnya berkicau riang menyambutku bahagialah diriku di alam abadi saudara! puaka kegelapan pasti akan hancur dan alam ini akan disinari fajar lagi biarlah rohku terbang mendapat rindunya jangan gentar berkelana di alam abadi nun di sana fajar sedang memancar…
(Ditulis beberapa ketika sebelum menemui SYAHID,"syed Qutub")

adakah ayah masih seperti semalam...?

Suatu petang selesai solat asar, Hassan Al-Bashri duduk di bawah pokok kurma di hadapan rumahnya. Tiba-tiba melintas sekumpulan anak muda dari hujung kampung mengusung jenazah.
Di belakang kumpulan itu berduyun-duyun saudara-mara mengekorinya. Sementara itu, anak perempuan si mati berjalan di bawah usungan tersebu
t mengiringi jenazah dengan lelehan air mata. Rambutnya mengerbang dan sesekali dia tersedu-sedu.
Hassan bangkit daripada tempat duduknya dan turut menghantar jenazah hingga ke kawasan perkuburan. Sewaktu berjalan dia terdengar gadis itu merintih : “ ayah..ayah.. kenapalah malang sangat nasib saya,terpaksa menempuh keadaan begini..?”
Mendengar rintihan itu, Hassan mempercepatkan langkahnya lalu menghampiri gadis itu. “ Anakku, kau tidak akan akan dapat menemui ayahmu lagi selepas ini”, kata Hassan kepada gadis itu yang kelihatan terperanjat. Ditenungnya tepat-tepat wajah orang tua yang tak dikenalinya itu. Melihat gadis itu masih dalam keadaan terpinga-pinga, Hassan mempercepatkan langkahnya, mendahului kumpulan pemuda yang mengusung jenazah. Setelah mengimamkan sembahyang jenazah, Hassan terus pulang.
Tinggallah anak gadis si mati di sisi kubur ayahnya, sekejap dia bersimpuh,sekejap lagi dia berdiri. Ketika hari hampir senja barulah dia berjalan pulang. Sewaktu meninggalkan tanah perkuburan itu, dia sempat berbisik, “ayah..awal
pagi esok saya datang lagi..”
Keesokan paginya setelah selesai solat subuh, mengaji dan sembahyang sunat,Hassan duduk menghirup udara pagi di bawah pokok kurma. Sedang tangannya ralit menghitung tasbih, mata pula tidak lepas memandang jalan berpasir yang terbentang di hadapannya. Dia ternampak balam-balam seseorang sedang berjalan ke arahnya.
“Ke mana arah tujuannya, berjalan sendirian di subuh-subuh begini”,bisik Hassan. Semakin lama semakin hampir dan jelas,dia anak gadis si mati yang ditemuinya semalam.
Gadis itu sambil berjalan menangis teresak-esak tanpa menghiraukan Hassan yang sedang memerhatikannya. “tentu ada sesuatu yang hendak dilakukannya,baik aku ikut,”bisik Hassan sendirian. Lalu diekorinya gadis itu.
Sampai di hujung jalan gadis itu membelok ke kawasan perkuburan. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dia terus menuju ke kubur ayahnya. Gadis itu kemudian merebahkan badannya di atas kubur, sementara mukanya disembamkan ke tanah.
Hassan memerhatikan dari jauh. Kemudian dia terhendap-hendap menuju ke sebatang pokok besar berhampiran. Dari celah daun dahan pokok itu dia mengintai perlakuan gadis tersebut. Gadis itu sedang meratap memanggil-manggil ayahnya
Bagaimanakah ayah tinggal di dalam gelap,sendirian dan tidak ada penghibur?
“Ayah,akulah yang membentangkan tilammu semalam, tapi siapa pula yang membantumu malam tadi? Semalam tangan inilah yang menyelimutkan tubuhmu. Malam tadi siapa pula yang melakukannya?
“wahai ayah! Akulah yang mengambilkan minuman, makanan dan menyuapkannya ke mulut ayah, tapi kini siapa pula yang melakukannya?
“semalam akulah yang memakaikan bajumu, tapi hari ini siapakah yang membantumu?”
“ayah… masi terdengar suara ayah memanggil namaku semalam, tapi hari ini suara itu tiada lagi,” katanya mendayau-dayu.
Ratapan anak gadis itu benar-benar menyentuh hati Hassan. Dia keluar perlahan-lahan dari tempat persembunyian dengan harapan kehadirannya tidak akan disedari. Di atur langkahnya penuh cermat menghampiri gadis yang sedang mendakap kubur ayahnya..
Bahu gadis itu ditepuknya lembut sebaik menghampirinya. “wahai anakku, janganlah meratap sedemikian di atas kubur ayahmu. Mahukah kamu,kalau saya ajarkaan ucapan yang harus kamu lakukan?”
Gadis itu menoleh dan agak lama dia menatap wajah Hassan. Mungkin dia terkenangkan pertemuannya dengan imam itu semalam. Apabila pertanyaannya tidak dijawab,Hassan mengulanginya sekali lagi. Barulah gadis itu mengangguk sambil mengesat air matanya.
“katakana begini: “kelmarin akulah yang menghadapkan ayah ke kiblat. Adakah keadaan ayah masih seperti semalam atau ayah sudah berpaling?”
“ Ayah, aku mengapani jasadmu dengan kain putih yang baik. Adakah ia masih baik atau sudah koyak-rabak?”
“Semalam sewaktu jasad ayah diturunkan ke liang lahad, ia masih sempurna. Adakah ia masih begitu atau sudah reput dimamah cacing?”
“Wahai ayah, ada ulama’ yang mengatakan, setiap yang mati akan ditanya urusan iman. Adakah ayah dapat menjawab setiap soalan?”
“Ulama’ berkata lagi, ada yang diberikan Allah kubur yang lapang namun ada pula yang sempit. Bagaimana kubur ayah..sempit atau lapang?”
“Ada pula yang mendapat kain kapan dari syurga dan ada pula yang terimanya daripada neraka. Kain kapan ayah dari mana?”
“kubur itu ibarat taman-taman syurga atau lubang-lubang neraka. Kubur ayah taman syrga atau lubang neraka?”
“Ada kubur yang merangkul si mati seperti ibu merangkul anaknya. Namun ada j
uga yang menghimpit si mati hingga tersisih tulang rusuk. Adakah kubur itu merangkul atau menghimpit ayah?”
“wahai ayah, orang yang beriman menyesal lantaran kurang melakukan kebaikan. Manakala yang jahat pula menyesal kerana sering melakukan kejahatan semasa hidup adakah ayah antara ahlu kubur yang menyesal kerana kurang melakukan kebaikan atau sering berbuat jahat?”
“wahai ayah, semalam apabila aku memanggilmu, ka uterus menyahut. Tapi hari ini, sudah puas kupanggil, tapi tiada jawapan.
Aku tidak akan dapat berjumpa denganmu lagi sehingga datangnya kiamat. Ya Allah… janganlah Engkau halang aku daripada bertemu dengan ayahku di akhirat kelak,” ajar Hassan.
Kemudian anak gadis itu memandang Imam Hassan Al-Bashri lalu berkata : “Wahai tuan, terima kasih atas nasihatmu yang baik itu. Sesungguhnya ia cukup menyedarkan aku yang sedang lalai,” jawab gadis itu lalu berhenti menangis.